Dokumentari what happen to mh370 belom pernah tersiar dimalaysia

Rakyat Malaysia tidak akan berpeluang untuk menonton dokumentari oleh National Geographic yang akan bermula pada 8 Mac ini, sebagai memperingati satu tahun kehilangan pesawat MH370.

Bahagian Komunikasi Astro dalam jawapannya kepada The Rakyat Post menyatakan National Geographic telah memberitahu mereka mengenai dokumentari bertajuk ‘Malaysian 370: What Happened?” (Malaysia 370: Apa yang telah berlaku?) yang hanya akan disiarkan di Britain.

Tidak dapat dipastikan sama ada program itu akhirnya akan disiarkan di Malaysia atau tidak.

Teori berkenaan dikatakan berdasarkan data satelit dari pesawat bnerkenaan dan terbang beberapa jam selepas hilang secara misteri dari radar.

Hampir setahun selepas kehilangannya, MH370 sekarang dikatakan adalah insiden paling misteri dalam industri penerbangan moden.

Sementara itu, sempena memperingati kejadian malang itu, beberapa dokumentari dan teori konspirasi mula disiarkan melalui beberapa saluran termasuk YouTube dan menarik perhatian penonton di seluruh dunia.

Antaranya adalah program siri Air Crash Investigation diterbitkan oleh National Geographic.

Siri berkenaan Air Crash Investigation ini sudah memasuki musim ke 14, menggunakan gambar yang dihasilkan melalui perisian komputer untuk mewujudkan semula kejadian yang berlaku kepada penonton.

Berdasarkan dokumen rasmi dan analisis pakar yang menyiasat bukti yang ada, sedutan dokumentari sepanjang 45 minit itu mula disebarkan dan menjadi trending di media sosial.

Dokumentari itu memaparkan perjalanan MH370 dan kehilangannya serta operasi mencar dan menyelamat.

Mereka yang diwawancara termasuk penganalisis penerbangan ABC News, John Nance dan bekas penyiasat kanan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, Malcolm Brenner.

Dokumentari selepas ini memaparkan kehilangan pesawat berkenaan termasuk “Flight 370: The Missing Links (Discovery Channel), Where is Flight MH370 (BBC Two) and Malaysia 370: The Plane That Vanished (Smithsonian Channel). - SumberSuaraTV



Air Crash Investigation New 2015 Malaysia... by suaratv2014

elak anak anda maut dihempap television

Kes-kes kanak-kanak maut dihempap televisyen yang pernah mendapat liputan media tempatan:
4 Disember 2014 – Utusan Malaysia
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di rumahnya di Changkat Jong. Kanak-kanak tersebut sedang tidur di ruang tamu berdekatan kabinet televisyen ketika kejadian itu berlaku. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
10 November 2014 – Sinar Harian dan Astro Awani
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun mati dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci yang diletakkan di ruang tamu. Mangsa memegang televisyen untuk menonton rancangan kartun di kediamannya di Teluk Intan, Perak sebelum tiba-tiba televisyen berkenaan jatuh dan menghempap mangsa. Kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala. Televisyen tersebut seberat kira-kira 40 kilogram.
14 Mac 2014 – Malaysia Kini
Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat dihempap peti televisyen di rumahnya dekat Seremban. Ibu mangsa terkejut apabila mendapati rak TV menghempap anaknya manakala peti TV berada di sisi anaknya. Mangsa mengalami kecederaan di kepala.
Cukuplah hanya 3 kes ini sebagai bukti kejadian kanak-kanak maut dihempap televisyen pernah berlaku di Malaysia ini. Tindakan seterusnya yang patut diberikan perhatian ialah jadikan ia satu iktibar dan ibu bapa serta penjaga mesti berusaha mengurangkan risiko tragedi ini dengan meningkatkan keselamatan di rumah.
The Consumer Product Safety Commissionmencadangkan beberapa langkah untuk mencegah atau mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat dihempap televisyen:
1. Tolak TV sejauh yang boleh ke belakang bahagian kabinet.
2. Periksa kestabilan dan kekukuhan perabot/kabinet. Elak letak TV di rak yang rapuh/uzur.
3. TV sepatutnya berdiri di atas permukaan yang rendah, luas dan kukuh.
4. Pasang tali sokongan atau tali yang ada penyangkut/sauh untuk menyokong TV dan perabot. Pastikan ia di lampirkan ke dinding.
5. Jangan simpan barang-barang seperti mainan atau alat kawalan jauh di atas TV atau kabinet/rak TV. Barangan seperti itu akan mendorong kanak-kanak memanjat untuk mengambilnya.
6. Simpan TV lama atau tidak berfungsi di tempat yang jauh dari kanak-kanak.
Dicadangkan juga jangan dibiarkan kanak-kanak tidur di depan televisyen atau rak buku atau apa jua barangan yang berpotensi membahayakan keselamatan kanak-kanak.
Langkah-langkah keselamatan ini amat penting bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Kita mesti berusaha sehabis terbaik!
TV-Anchor
Wall-Anchor
Lazada Indonesia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...