Juraij ialah seorang lelaki ahli ibadah dan dia mendirikan sendiri tempat ibadahnya.Pada suatu hari ketika dia sedang beribat ibunya memanggilnya.Juraij pun berkata dalam hatinya,"Ya Tuhanku,adakah aku perlu menjawab panggilan ibuku ataupun aku meneruskan solatku?'Juraij pun meneruskan solatnya,lalu ibunya pun berlalu pergi.Keesokkan harinya,ibu Juraij datang lagi dan diwaktu itu Juraij sedang bersolat.Ibunya pun memnaggilnya,lalu Juraij pun mengadu kepada Allah,"Ya Tuhanku,perlukah aku menjawab panggilan ibuku ataupun aku meneruskan solatku?'Lalu Juraij pun meneruskan solatnya.Seketika itu ibunya pun berlalu pergi meninggalkan Juraij.
Pada suatu pagi ibu Juraij datang lagi,dan diwaktu itu Juraij sedang bersolat.Kali ini ibunya memanggil Juraij lagi,dan Juraij pun mengadu lagi kepada Allah,"Ya Tuhanku,perlukah aku menjawab panggilan ibuku ataupun meneruskan solatku?'dan Juraij pun meneruskan solatnya.Lalu ibu Juraij bersumpah,"Ya Allah,janganlah Engkau matikan dia,sehingga ia menghadapi fitnah melakukan hubungan dengan pelacur.!'Orang Bani Israil selalu menyebut tentang ketekunan Juraij dalam beribadah.Tiba-tiba datanglah diantara mereka seorang pelacur yang sangat cantik dan berkata,"Jika kamu semua mahu,aku akan menggoda Juraij'.
Lalu perempuan itu pun pergi menemui Juraij lalu menggodanya.Tetapi Juraij tidak memperdulikannya.Lalu pelacur tersebut pergi menemui seorang pengembala yang sedang berehat berhampiran tempat ibadah Juraij.Dia telah melakukan zina dengan pengembala itu sehingga hamil.Tidak lama kemudian pelacur itu pun melahirkan anak.Orang ramai pun bertanya padanya."Bayi ini atas perbuatan siapa?'Pelacur itu pun menjawab,'Juraij !.Lalu mereka semua pun pergi kerumah ibadah Juraij dan memaksanya keluar lalu memukulnya,memaki dan juga merobohkan tempat ibadahnya.
Juraij pun berkata,'Kenapakah kamu semua lakukan ini kepadaku,apa salah yang telah aku lakukan?' Mereka pun menjawab,'Engkau telah berzina dengan pelacur ini sehingga melahirkan seorang bayi.'Juraij pun berkata'dimanakah bayi itu sekarang?'Kemudian mereka pun datang membawa bayi itu.Juraij pun berkata ,"Berikanlah aku peluang untuk bersolat sekijap,"Lalu Juraij pun bersolat dan selesai saja solat solat,Juraij menghampiri bayi tersebut lalu mencuit perutnya lalu bertanya,"Wahai bayi,siapakah ayahmu?' Bayi itupun menjawab,'Ayahku ialah seorang pengembala.'
Serta-merta orang yang telah menyaksikan karamah Juraij meminta maaf kepadanya.Mereka berkata,'Kami akan mendirikan semula tempat ibadah mu dengan emas!'Juraij menjawab,'Jangan!Cukup hanya sekadar daripada tanah sahaja sepertimana dahulu.'Mereka pun membina semula tempat ibadah Juraij sepertima yang dikehendaki oleh Juraij.Ketika ibu bayi itu memangku anaknya untuk disusukan,tiba-tiba datang seorang lelaki menunggang kuda yang tampan dan gagah lalu disitu.Maka si ibu itu pun berdoa,"Ya Allah,jadikanlah anakku ini seperti dia."Tiba-tiba bayi itu melepaskan susu ibunya dan menoleh kepada penunggang kuda tersebut lalu berkata."Ya Allah,jangan Engkau jadikan aku sepertinya.'Lalu bayi itu meneruskan kembali susuannya."
Kemudian lalu pula serombongan orang membawa wanita hamba sambil memukulnya.Mereka menuduh hamba perempuan itu berzina dan mencuri.Sementara hamba perempuan itu hanya lah berkata 'Cukuplah Allah sebagai Pelindungku!" Melihat kejadian itu,si ibu tadi pun berdoa 'Ya Allah,jangan Engkau jadikan anakku seperti dia.'Lalu bayi itupun melepaskan susuanya dan melihat kepada hamba perempuan itu dan berkata,'Ya Allah jadikanlah aku seperti dia.'
Lalau si ibu pun berkata kepada anaknya,'Kenapakah engkau meminta supaya tidak menjadi seperti penunggang kuda tadi,dan engkau meminta mahu menjadi seperti hamba perempuan tadi yang telah mencuri dan bezina?' Lalu bayi itu pun menerangkan kepada ibunya,'Wahai ibuku,sesungguhnya penunggang kuda tadi yang gagah dan tampan itu adalah seorang yang sangat sombong,sedangkan hamba wanita yang dituduh melakukan zina dan dituduh mencuri itu adalah fitnh semata-mata dan dia tidak melakukan semua itu,maka aku pun berdoa supaya menjadi seperti dia.'