Cara mudah dan di jamin page 1 google
Pemasaran affiliate. Memang menjadi cita-cita sesiapa yang menulis blog hendaknya entrinya berada di page 1 di enjin carian seperti google. Biasanya user hanya melihat page 1 sahaja, jarang yang akan buka page 2 atau 3 dari enjin carian.
Tetapi bukan senang nak ada kat page 1 enjin carian ni. Terutamanya kalau nak kena lawan dengan blog atau site yang dah terkenal di tambah lagi yang memang pakar bab-bab seo nih, jadi ramai yang kecundang dan tidak dapat menghasilkan jualan atau sebaginya.
Menyedari keadaan ni, google telah mengeluarkan satu produk yang memastikan entri anda berada di page 1 google malah berada di bahagian atas atau sidebar keputusan enjin carian – pasti dan tak tipu. Takkan google nak tipu pulak kan. Produk ini di namakan google adwords.
Cara mudah dapat page 1 google
Cara mudah nak dapat page 1 google memang ada dan di jamin tetapi ada syaratnya. Kaedahnya sangat simple :

Atas dan sidebar tu yang guna adwords
Anda ke melanggan google adwords daripada google, buka akau google adwords
Sediakan kata kunci atau keywords yang anda hendak gunakan.
Setiap kata kunci mempunyai nilai yang berbeza, sebagai contoh satu klik 50 sen. Nilai ni anda boleh semak dalam akaun adwords
Anda hanya bayar kepada google jika link anda di klik oleh user yang kebanyakkan kumpulan sasar keyword anda
Anda kena buat setting supaya ayat macam mana yang akan keluar pada google adwords supaya dapat menarik klik daripada kumpulan sasar. Yang ni anda kena belajar daripada otai adwords – cara memaksimunkan google adwords untuk jana pendapatan.